Saturday, 30 August 2014

LOKASI MENARIK : SELERA KAMPUNG.

Salam Semua.
Lokasi Kodai Kupi is at the centre of development zone of Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Negeri Selangor dan Putrajaya. Pekan Salak ialah Pekan terdekat di Negeri Selangor iaitu 1 km sahaja. Di Pekan Salak ada Pasar Minggu yang beroperasi pada setiap pagi hari Ahad. Pada hari Rabu petang pula, ialah Pasar Malam, tapi taklah sehebat Pasar Minggu pada hari Ahad. Di depan Kodai Kupi ialah Kota Seriemas iaitu taman2 perumahan yang mempunyai golf & sports facilities, di belakang Kodai Kupi ialah Bandar Enstek dan Kuarters Kerajaan KLIA, Kem Bina Negara, Kilang Coca-cola terbesar di Asia, Sepang F1, KLIA 1 & 2, Pusat Latihan Audit Negara, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, dan banyak lagi. Bagan Lalang dan Bandar Sepang pun dekat juga, jika nak makan seafood. 100 meter dari Kodai Kupi menyusur jalan utama ke Pekan Salak ialah Mydin Mart, UniKolej KPJ, dan Kolej Ilmu PNB. 100 meter menyusur jalan ke Felda LBJ ialah Kastam Narkotik, dan 2 km ke hadapan ialah Felda LBJ berhadapan pula dengan Kolej Tunku Kursiah, Institut Aminudin Baki dan Politeknik Nilai. Kehadapan sedikit ialah Felda Sendayan dimana Air Force Base sedang dibina. Nilai 3 pula terletak dikawasan Pekan Nilai, juga USIM, UIAM, dan banyak lagi. Sedikit jauh iaitu pada jarak 25 km ialah WP Putrajaya jika menyusur jalan Jenderam. Ok ... back to my Kodai Kupi, disebelah kanan foto, ialah bahagian display makanan. Disebelah tengah foto ialah dining area dan disebelah kiri foto ialah Homestay Kampung Jijan. Jika nak booking homestay, call h/p saya 019-2216825 atau sms. Pokok limau kasturi yang dalam gambar ni saya tanam untuk supply ke Kodai Kupi, untuk dibuat Sirap Limau Ais, Teh O Limau Ais, Limau Ais, Kopi O Limau Ais, anda boleh minta limau lebih jika suka lebih masam, sodapp.
OPENING HOURS

Sarapan:          06:00am - 09:30am
Lunch:             09:30am - 02:30pm
Minom Potang: 02:00pm - 07:00pm
Dinner/Supper: 07:00pm - 12:00midnight
MENU
Sarapan:
Roti canai, roti telur, roti sardin, roti boom, etcetera
Kueh-mueh
Nasi lemak
Lunch:
Masak lomak cili api, asam pedas, gulai kari, sayur kampung
Minom Potang:
Pisang goreng, kueh-mueh, etcetera
Dinner & Supper:
Masakan panas
RENUNGAN: SERAI, KUNYIT, HALIA, DAN LENGKUAS HERBA PENTING UNTUK ISI RUMAH Mudah didapati di pasar. 1 hinggit boleh dapat semua. Lama2 berhinggit2. Sampai bila nak membeli. Tanam kat dalam pasu pun boleh, kat laman pun boleh, kat dalam polybag pun boleh. Serai, kunyit, halia, dan lengkuas ni mudah ditanam. Gali lubang, tanam, pupuk pangkal, dan siram. Jika mati, tanam lagi dan lagi. Jangan putus asa. Siram dengan air beras atau air basuh ikan.
Bye.