Minom Potang

Salam Semua.

Minom Potang bermula dari jam 02:00 petang sehingga 07:00 petang.

MENU yang disediakan ialah pisang goreng, tapai ubi goreng, tempe goreng, etcetera, juga kueh-mueh
Citarasa Maggie - kari, sup, tomyam, etcetera
Nasi lemak bungkus, juga bihun dan mee bungkus.
Minuman panas 3 in 1, juga Minuman sejuk, air botol, dan air tin.

CERITA MICROWAVE OVEN (MO)
Kali pertama saya menggunakan MO ialah semasa senior saya, boss saya, dan saya membuat kerja2 audit di NSW, Australia. Orang Malaysia datang nak audit Mat Salehlah katakan. Kecut perut Mat2 Saleh tu. Takpa, kita cerita pasal MO ni, saya nak cuba buat telur 1/2 masak kat Motel. So saya masukkan telur 2 biji dalam MO. Boss saya diam dan jeling. Dia tenguk sahaja, langsung tak cakap apa-apa. Saya tanya "Berapa lama boss?". Dia cakap 30 seconds. Maka saya tekanlah 30 seconds. Tak sampai 30 seconds telur tu meletup dalam MO. Boss saya ketawa terkekek-kekeh sampai terkencing. Satu Malaysia dia talipon kerana dapat kenakan saya. Sayakan orang professional, maka diam dan cool sahajalah. Boss saya ajar, lain kali jika nak rebus telur guna MO, letak telur di dalam mangkok berisi air. The rest is history and now I am quite an expert user of MO.
Setiap rumah mesti ada satu Micowave Oven (not the normal oven yang buat kueh raya tu). Guna terbaiknya ialah untuk memanaskan makanan. MO tidak sesuai untuk memasak. Air kopi, teh, milo yang berlebih pada sarapan pagi boleh disimpan di dalam peti ais. Bila nak minum pada petangnya atau malam atau bila2 masa hanya panaskan dengan menggunakan MO selama 2 minit. Walla! air dah boleh diminum semula. Ini dapat mengelakkan pembaziran. Rasa air tetap sama. Inilah magicnya MO.
Pantang MO, jangan guna metal, ayan atau besi. Gunalah kaca, ceramic atau plastik. Yang bagusnya ialah, MO boleh jimat basuh cawan sebab cawan yang sama boleh digunakan ke dalam MO berkali2. Panas lauk pauk KODAI KUPI pun boleh guna MO. Pinggan mangkuk tak payah cuci. Gas tak payah guna. Kuali tak kotor. Keladak lauk tiada kerana jika memanaskan lauk guna kuali atau periok, lauk akan lembik dan akan bertambah masin, kuahnya akan kurang atau kering, rasanya akan berubah. MO tidak macam tu kerana ia hanya memanaskan sahaja tanpa mengubah kualiti makanan. MO boleh dibeli dengan harga kurang dari RM300. Satu pelaburan yang baik untuk keluarga.
Cara memanaskan makanan
Nasi biasa - Senduk nasi dalam pinggan kaca secukup untuk makan, renjis sedikit air, masukkan kedalam MO selama 2 minit. Selepas 2 minit, nasi tu jadi macam baru dimasak, fluffy dan berbau harum.
Nasi lemak bungkus - 30 seconds.
Ayam KFC - 30 seconds.
Rendang - 3 minit.
Jangan beli MO second hand sebab takut ada benda yang tak halal digunakan. Jika nak jimat, beli MO yang juga ada fungsi oven biasa.
Bye.

No comments:

Post a Comment