Salam Semua.
LAUNGAN KARIPAP! KARIPAP! DI BAS STAND SEREMBAN
Den sekolah kek KGV Seremban. Budak-budak Sekolah Nilai yang dapek masuk Science Class kek KGV hanyo 13 orang yo.
Sobonar ehh Den nak cerito pasal ada sorang pak cik India pendek ni, pakai seluar pendek, bawak bakul karipap dokek nak sama bosar dan tinggi dengan badan ehh. Dio jual karipap keliling Bas Stand yo. Bila dio melaung KARIPAP! dan kadang-kadang KARIPAP PANAS!!!, nak bergogar jantung den. Suaro ehh nyaring macam pakai microphone atau HELA sukan yang guna kek sekolah tu.
Masa tu karipap 20 sen yo satu. Ok jugak raso ehh. Nak cakap sodap bonar tu takdolah tapi cara marketing dia tu yang Den betul-betul tabik. Den selalu balik Nilai sama dengan Zahar, Ali, Kadir, Saleh, Rahim, Zul, dll. Tah manolah poee ehh budak2 ni. Dah pencen kojo agak ehh.
TAMBANG BAS 5 SEN, KARIPAP 5 SEN, SIRAP 5 SEN, SUKAN, AIS KEPAL
Den Sekolah Rondah Labu Hilir, 6 km dari Pekan Nilai. Di Pekan Nilai Den dudok kek Kuarters PWD, kek belakang Balai Polis Nilai, ghoman ehh samo macam Bukit Kepung tuu. Poii sekolah naik bas tambang ehh 5 sen dari Stesen Nilai. Masa rehat Den makan kek kantin sekolah. Kantin sekolah Labu Hilir tu katerer ehh Pak Cik Kia. Karipap ehh bosar tapak tangan Den. Inti sambal keledek. Caro nak makan karipap ni ialah dengan korek lubang kek tongah karipap nii dengan sudu kemudian buboh sos cili. Kemudian tu minum air sirap 5 sen. Konyang botul.
Balek sekolah den minum ais kepal 5 sen kek Pokan Nilai, kodai Ah Chai, dopan Bas Stand. Jika nak jimat duit tambang bas 5 sen kenalah jalan kaki ikut jalan keretapi ke Nilai bila balek sekolah. Den sesekali yo jalan kaki. Bila dah dapek jimat 5 sen tu den boli asam kotok kek kodai mamak malabari kek Pasar Nilai. Belanjo sekolah den masa tu 20 sen sehari.
Masa sukan kek sekolah Labu Hilir, rumah den rumah kuning. Habis yo sukan den bukak baju, badan den semua eh jadi kuning. T-shirt sukan sekolah dicolop dengan pewarna kuning, direbus dan t-shirt direndam kemudian dijemur. Bilo berpeluh, warna kuning ehh meleleh. Habis badan den jadi kuning. Bilo Den ingatkan kisah tu, Den golak terkekek-kekek sorang macam orang sawan.
NAIK CHEVROLET PERGI SEKOLAH
Den nak cerito pasal poi sekolah KGV Seromban naik Chevrolet. Hebat, hebat. Bas Chevrolet tu ado hidong, bilo nak start pagi-pagi tu drebar benggali tu ambillah cangkok bosi berbentok L. Kemudian cangkok bosi L tu dijolok ehh kek lubang dopan injin yang bentuk hidung tu. Dipulas ikut jam, tut tut tut dah start injin bas ehh. Macam nak start injin jenerator pam air siram sayor kek kobun atok den kek Ghombau. Den dapek raso naik Chevrolet yang berprestij tu selamo 6 bulan yo. Syarikat benggali tu dah tukar dengan bas lain, asik gusak yo. Selalu lambek sampai sekolah, time rehat kono kutip sampah. Guru Bosar masa tu Lim Leng Lee. Pueh den kono rotan kek tangan dio.
Sekarang ni jenama Chevrolet tu dah handal botul, logo eh bentuk campur ko, bentuk salib ko den tak kisah, tapi keto Chevrolet tu mahal dan handal. Yang pakai Chevrolet tu janganlah dongki dan marah, den dah raso dulu. Bilo jalan tu badan bas tu bergogar-gogar. Den cakap dengan kawan den yang naik bas tu, `bilo pulak nak terbarai bas ni'. Kita orang golak terkekek-kekek.
Kalau kamu semua ingat den (Georgian, Science 3).
Bye.
No comments:
Post a Comment