About Me

Salam Semua.
Den ialah Ketua Operasi Kodai Kupi. Bosar bunyi pangkat ehh. Tugas Den ialah memastikan bahawa bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi for the day to day running of the business. Beras dan gas memasak dibekalkan oleh PPK Seremban iaitu satu organisasi di bawah selian LPP Negeri Sembilan. Untuk lauk-pauk Den sourcing bahan mentah kek pasar yo. 
Den dah pencen. Dah masuk 3 tahun dah.

Kawasan Kodai Kupi ni di dalam tanah den seluas 5 ekar. Den tanam dengan pokok buah2an. Mano yang boleh diguno oleh business Den tanam such as limau kasturi, buluh madu, nangka, pisang, ubi kayu, bacang dan banyak lagi.
Pasal tu lah harga jualan kek Kodai Kupi Den very the very competitive.
Tanah Den ni dulu2 selalu banjir. So Den ado idea untuk tolong ore Kelantan:
BANJIR DI SUNGAI GOLOK BOLEH DI ATASI
Tebing Sungai Golok perlu dibina luas dan tinggi dari Pekan Rantau Panjang. Pam air perlu sentiasa beroperasi semasa banjir. Jika nak jimat lektrik guna kincir angin seperti dinegara Belanda. Air banjir akan sentiasa disedut masuk semula ke dalam Sungai Golok. Keluasan tebing sungai ini, bannya atau dykes hendaklah seluas padang futsal sehingga kambing dan lembu boleh berkeliaran dan makan rumput or kita boleh parking kenderaan or kita boleh main futsal, takraw or buat tapak pasar male or court tennis. Mace2 boleh.
KEDUA
Jalan2 berdekatan dengan Sungai Golok hendaklah dijadikan terusan (canal) semasa musim banjir. Kedai2 hendaklah terletak lebih tinggi dari jalan. Untuk naik ke kedai2 ini adalah dengan menaiki anak tangga mengikut paras bahaya banjir. Cara ia berfungsi ialah apabila air mula melimpah dari Sungai Golok maka ia akan melimpah kejalan2 yang akan berfungsi sebagai terusan (canal) seperti di Menam Chao Phraya. Semua kenderaan hendaklah dikeluarkan secara berperingkat-peringkat. Kedai2 tidak akan terjejas kerana ia terletak lebih tinggi dari jalan2 ini. Apabila air Sungai Golok surut semula maka surutlah air dari terusan (canal) ini. Kerja-kerja pembersihan jalan2 akan dijalankan. Ikan pun akan banyak terperangkap di jalan2 ini, maka pesta menangkap ikan akan bermula.
Ini juga akan menjadi tarikan pelancong ke Pekan Rantau Panjang semasa musim hujan untuk melihat terusan (canal), bot-bot, pesta menangkap ikan, dan juga sukan jet ski .. Jalan2 yang digunakan sebagai terusan (canal) ini, dasarnya perlu dibina dari bahan binaan khas yang tahan air bertakung ... macam swimming pool untuk dwi guna.
KETIGA
Membina takungan (tadahan) air bertingkat. Takungan air ini dibina setinggi bangunan 4 tingkat, bulat boleh, empat segi pun boleh. Lebih luas lebih baik Air banjir yang melebihi paras bahaya dipam dan dimasukkan ke dalam takungan ini dari atas. Jika takungan pertama penuh maka bina lagi takungan kedua dan seterusnya. Selepas banjir surut takungan ini boleh dijadikan tempat simpanan air atau reservoir. Ini ialah cara mudah dari membina empangan. Juga boleh bela ikan di dalamnya dan sebagainya. Pembinaan takungan ini boleh juga di bina dimana2 lokasi seperti di dalam bangunan sedia ada iaitu dibahagian tengah bangunan. Takungan ini boleh juga menjana pendapatan seperti pengiklanan dibahagian luarnya.

Bye.